Bolehkah saya menggunakan tampon atau cawan haid?

  Share


Semasa dan selepas pengguguran, ia adalah dinasihatkan untuk menggunakan pad dan bukannya tampon atau cawan haid (menstrual cup) untuk mengukur jumlah darah yang keluar dan memastikan perdarahan adalah dalam jumlah yang selamat.

Sesetengah doktor menasihatkan bahawa tidak menggunakan tampon atau cawan haid sehingga selepas tempoh pendarahan yang lebih kuat, kerana dalam tempoh tersebut, risiko jangkitan mungkin meningkat semasa memasukkan sesuatu ke dalam faraj.

Tampon perlu ditukar setiap 4-8 jam (atau lebih awal, jika perlu) untuk mengelakkan Sindrom Kejutan Toksik (Toxic Shock Syndrome).

Sebaik sahaja pendarahan kurang daripada pendarahan haid biasa, tampon boleh dipakai semasa berenang atau mandi, dan tampon atau cawan boleh digunakan selagi ia ditukar dengan kerap.