Apakah jenis pil yang boleh diambil untuk pengguguran?
Terdapat dua jenis ubat yang disyorkan untuk pengguguran iaitu - mifepristone dan misoprostol.
Mifepristone seringkali digunakan bersama misoprostol, tetapi misoprostol boleh digunakan dengan sendirinya. Ini adalah nama generik yang digunakan untuk ubat ini, ia bermaksud ubat ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, jenama dan cara pembungkusan. Kadang-kadang, mifepristone dan misoprostol dijual dalam pek gabungan seperti pek A-kare, mengandungi 1 pil mifepristone dan 4 pil misoprostol.
Misoprostol dijual dengan pelbagai jenama, seperti such as Cytotec, Citotec, Cyrux, Misotrol, dan juga pembungkusan generik. Pil biasanya mengandungi 200 mcg (mikrogram) misoprostol, walaupun jarang, tetapi pil tersebut juga terdapat dalam ukuran 100 mcg atau 400 mcg. Kadangkala, misoprostol dijual dalam pil yang mengandungi 200 mikrogram misoprostol, dengan 50-75 mg diclofenac, dibawah jenama seperti Arthrotec, Rotec, Misofen, atau Oxaprost.
Untuk ini, misoprostol selalunya mempunyai salutan luar pil yang lebih tebah, dan diclofenac adalah bahagian dalam pil yang lebih keras dengan salutan misoprostol di bahagian luarnya. Ia TIDAK disyorkan untuk menelan bahagian dalam pil ini, bagi mengelakkan pengambilan dos diclofenac yang terlalu banyak. Oleh sebab misoprostol selalunya di letakkan dibawah lidah ataupun dibahagian dalam pipi, pil ini boleh dibuang selepas 30 minit berlalu dan tidak di telan.