Bolehkah saya mengambil pil pengguguran secara selamat di rumah?

  Share


Ya. Mengambil pil pengguguran di rumah dalam 12 minggu pertama kehamilan adalah sangat selamat dan berkesan.

Pengalaman berjuta-juta orang di seluruh dunia menunjukkan bahawa orang yang hamil boleh menguruskan sendiri pengguguran mereka dengan selamat, selalunya dengan sokongan perkhidmatan seperti Women Help Women atau talian hotline.   Berjuta-juta orang di negara yang mempunyai sekatan undang-undang dan/atau stigma sosial menggunakan pil pengguguran dengan selamat di rumah setiap tahun. Women Help Women menyokong ratusan orang yang mengambil pil pengguguran di rumah setiap hari. Kaedah ini juga disyorkan oleh organisasi perubatan terkemuka, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).  Dalam 12 minggu pertama kehamilan, pengguguran secara mengambil pil adalah sama selamat seperti pengguguran pembedahan/prosedur di klinik. Di negara yang mempunyai akses yang lebih mudah kepada pengguguran, seseorang boleh memilih sama ada untuk pergi ke klinik atau mengambil pil di rumah. 4, 9, 13