Apakah perbezaan antara menggunakan misoprostol di bawah lidah, bahagian dalam pipi, dan melalui faraj?

  Share


Untuk pengguguran, penyerapan misoprostol terbaik adalah melalui selaput lendir (mucous membrane), sama ada di dalam mulut ataupun di dalam faraj. Keberkesanan bagi semua kaedah penggunaan diatas adalah sama.

Untuk kehamilan sehingga 12 minggu:

Pipi (buccal): 2 pil misoprostol diletakkan di satu bahagian dalam mulut, diantara bahagian dalam pipi dan gusi. 2 lagi pil diletakkan di satu lagi bahagian mulut dengan cara yang sama. Pil-pil ini perlu dibiarkan selama 30 minit untuk penyerapan misoprostol. Selalunya ia tidak larut sepenuhnya. Lebihan pil yang tinggal boleh ditelan.*  Pil tidak mempunyai rasa, sesetengah orang mengatakan pil ini rasa seperti kapur. Jika berasa loya, pil boleh dikeluarkan dan kemudian dimasukkan semula selepas muntah.

Di bawah lidah (sublingual): 4 pil misoprostol diletakkan dibawah lidah. Ia perlu diletakkan dibahagian yang sama selama 30 minit. Lebihan pil yang tinggal selepas itu boleh ditelan.*

Faraj: 4 pil misoprostol perlu dimasukkan dibahagian faraj sedalam yang mungkin, berdekatan dengan bahagian serviks. Melembapkan pil dan jari dengan sedikit air sebelum memasukkannya boleh memudahkan proses ini. Adalah lebih baik untuk meninggalkan sahaja sisa pil tersebut.

Terdapat perbezaan kecil dalam kadar kecepatan ubat-ubatan diserap. Kaedah melalui faraj amat berguna untuk orang yang tidak boleh meletakkan pil didalam mulut mereka. Walau bagaimanapun, jika pil diambil melalui faraj, sisa-sisa ubatan boleh kekal di bahagian dalam faraj  sehingga 4-5 hari dan mungkin dilihat semasa pemeriksaan kesihatan, jadi sekiranya ada kebimbangan mengenai kakitangan perubatan mengetahui tentang pengguguran, ia adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan pil melalui faraj. 

*Jika anda menggunakan Arthrotec ataupun jenis pil yang mengandungi misoprostol + diclofenac, ia adalah penting untuk membuang sisa-sia pil tersebut daripada menelannya.