Bagaimana saya tahu pengguguran telah berlaku?

  Share


Kebanyakan orang merasakan bahawa kehamilan sudah berakhir disebabkan ketiadaan tanda-tanda kehamilan (spt. Rasa loya, keletihan, rasa muram) selepas beberapa jam atau beberapa hari.

Kadangkala, kantung kehamilan ataupun embrio boleh dilihat bersama ketulan darah, walaupun dalam kehamilan awal ia mungkin tidak dapat dilihat. Walaupun pengguguran dianggap sudah berlaku, pengesahan boleh dibuat dengan menggunakan salah satu kaedah di bawah.

Terdapat beberapa cara untuk menentukan pengguguran telah berlaku: 

  • Ujian kehamilan menggunakan air kencing – Selepas 4 minggu penggunaan pil gugur, buat ujian kehamilan menggunakan air kencing sebanyak satu kali untuk mengesahkan pengguguran telah berlaku. Ini kerana ujian kehamilan menggunakan air kencing ini boleh memberikan keputusan positif palsu (false positive) sehingga sekurang-kurangnya 4 minggu selepas menggunakan pil gugur kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan. Jika keputusan ujian masih menunjukkan positif selepas 4 minggu, ujian tersebut boleh dilakukan sekali lagi selepas beberapa hari, atau menggunakan kaedah lain untuk mengesahkan pengguguran.

 

  • Ultrasound – Walaupun kaedah ultrasound boleh mengesahkan pengguguran sudah berlaku serta-merta, jika tiada tanda-tanda komplikasi ia dinasihatkan supaya menunggu 7-10 hari sebelum melakukan imbasan ultrasound. Pengguguran menggunakan pil adalah proses yang mengambil beberapa minggu sebelum rahim kosong sepenuhnya. Tiada keperluan untuk mendapatkan perhatian perubatan jika tiada tanda-tanda komplikasi. Imbasan ultrasound yang dilakukan terlalu awal boleh menyebabkan nasihat perubatan untuk melakukan penyedutan menggunakan kaedah vakum  ataupun pengkuretan yang tidak diperlukan jika tisu kehamilan masih ada dalam rahim, lebih-lebih lagi di negara-negara dimana doktor tidak dilatih dengan penjagaan selepas pengguguran (keguguran) terbaharu.

 

  • Ujian Kehamilan menggunakan darah – dua ujian darah beta hCG kuantitatif boleh dilakukan secara berturut-turut dengan jarak 2-4 hari boleh dilakukan. Ujian ini boleh dilakukan sebaik sahaja pengguguran di kebanyakan kemudahan perubatan yang melakukan ujian darah. Mendapatkan  ujian yang memberikan hasil nombor (hCG) adalah penting, bukan hanya positif atau negatif. Jikalau hasil ujian mendapati bahawa ujian kedua mempunyai jumlah nombor yang lebih rendah, ini bermakna tahap hormon menurun kerana kehamilan telah berakhir. Kaedah ini boleh digunakan jika kehamilan kurang dari 10 minggu ketika pil digunakan, kerana selepas kira-kira 10 minggu kehamilan tahap hormon akan mula menurun walaupun kehamilan berterusan.