Bagaimanakah saya perlu mengambil pil jika saya hanya mempunyai misoprostol?

  Share


Untuk kehamilan sehingga 12 minggu, dos yang disyorkan adalah 12 biji pil misoprostol (2400 mcg keseluruhan). Jika diperlukan, dos tersebut boleh meningkatkan sehingga 16 atau 18 biji pil. 

Untuk pengambilan pil yang paling berefektif:

  1. Letakkan 4 biji 200 mikrogram (jumlah 800 mcg) misoprostol di bawah lidah. Pil harus kekal di tempatnya sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet larut (misoprostol kadang-kadang larut dalam masa 10-15 minit - ini tidak akan menjadikannya kurang berkesan). Selepas 30 minit, sebarang sisa pil boleh ditelan.*
  2. Letakkan 4 biji lagi misoprostol di bawah lidah selepas 3 jam. Pil harus kekal di tempat yang sama sehingga ia larut, atau untuk sekurang-kurangnya 30 minit.*
  3. Selepas 3 jam, letakkan lagi 4 pil misoprostol di bawah lidah untuk kali ketiga. Pil harus kekal di tempat yang sama selama sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet larut.*

Lazimnya, 3 dos misoprostol adalah cukup untuk tamatkan kehamilan.  Pengambilan dos boleh diulangkan setiap 3 jam sekira-kiranya tiada simptom kekejangan atau pendarahan. Jika pengguguran belum terjadi selepas 5-6 dos, atau selepas 24 jam, ia mungkin bermanfaat untuk mengenalpasti bahawa kehamilan tersebut didalam rahim melalui ultrasound. 

*Jika pil misoprostol juga mengandungi ubat penahan sakit diclofenac (sebagai contoh – pil Arthrotec), sebagai nasihat umum, sisa pil harus diludahkan dan tidak patut ditelankan.