Adakah saya memerlukan ultrasound atau pemeriksaan selepas pengguguran?

  Share


Ia tidak perlu atau disyorkan untuk melakukan ultrasound, jika proses berjalan lancar dan tidak ada komplikasi. Ultrasound boleh membantu jika tidak jelas sama ada kehamilan itu berterusan atau tidak.

Jika tiada tanda-tanda komplikasi, ia terpulang kepada setiap orang untuk membuat keputusan  bahawa mereka ingin pergi ke doktor untuk mendapatkan ultrasound atau pemeriksaan selepas pengguguran. Terdapat pelbagai cara untuk mengesahkan keberkesanan pengguguran yang tidak perlu berjumpa dengan doktor, tetapi sesetengah orang boleh bermanfaat atau bertenang dengan mendapatkan ultrasound atau pemeriksaan.

Ultrasound atau pemeriksaan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas pengguguran, tetapi jika ultrasound diambil sebelum 7-10 hari telah berlalu, ada kemungkinan lebih tinggi bahawa beberapa tisu atau sisa kehamilan akan terlihat di dalam rahim, dan doktor mungkin mengesyorkan prosedur pembedahan untuk mengosongkan rahim. Jika tiada tanda-tanda komplikasi, ini biasanya tidak diperlukan - rahim akan mengosongkan sendiri dengan sedikit masa, atau lebih banyak misoprostol boleh digunakan untuk membantu mengosongkan rahim [link kpd: Adakah saya memerlukan prosedur pembedahan…]