Bolehkah saya menggunakan pil pengguguran selepas 12 minggu kehamilan?

  Share


Pil pengguguran juga boleh digunakan selepas 12 minggu kehamilan. Peluang untuk mengalami komplikasi akan meningkat dengan tempoh kehamilan, sama seperti keguguran. Janin dan uri juga akan kelihatan semasa proses ini. Adalah sangat penting untuk mempunyai rancangan yang baik, tidak bersendirian, dan bersedia untuk mencapai fasiliti perubatan dengan cepat.  Proses dan risiko pada 14 minggu adalah lebih kurang sama dengan pengalaman pada 12 minggu, dan sangat berbeza daripada pengguguran pada 18 atau 20 minggu.

Sila e-mel info@womenhelp.org untuk maklumat lanjut atau jika ada sebarang soalan.

Untuk mifepristone dan misoprostol selepas 12 minggu kehamilan:

Selepas 12 minggu kehamilan, 1 biji pil mifepristone (200 mg) dan 10 hingga 12 biji pil misoprostol mungkin diperlukan. Cara yang disyorkan untuk menggunakan pil secara paling berkesan adalah:

  • Telan 1 biji pil mifepristone

  • Selepas 24 hingga 48 jam, letakkan 2 biji pil misoprostol (jumlah 400 mcg) di antara gusi dan pipi. Kekalkan pil-pil tersebut di sana sehingga larut, atau sekurang-kurangnya 30 minit. Selepas 30 minit, sisa-sisa pil boleh ditelan.*

  • Selepas 3 jam, letakkan 2 biji misoprostol sekali lagi antara gusi dan pipi. Jangan telankan pil selama sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet dibubarkan.

  • Ulangkan dos 2 biji misoprostol setiap 3 jam sehingga janin dan plasenta dikeluarkan.

 

Untuk hanya Misoprostol selepas 12 minggu kehamilan:

Selepas 12 minggu kehamilan apabila hanya menggunakan misoprostol, 10 hingga 12 biji pil misoprostol mungkin diperlukan. 

Cadangan mengguna pil:

  • Letakkan 2 biji 200 mikrogram (jumlah 400 mcg) misoprostol di bawah lidah. Kekalkan pil di bawah lidah untuk sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet larut! Selepas 30 minit, anda boleh menelan sisa-sisa pil.*

  • Selepas 3 jam, letakkan 2 biji misoprostol sekali lagi di bawah lidah. Kekalkan pil di bawah lidah selama sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet larut. Sisa-sisa pil boleh ditelan selepas 30 minit.*

  • Selepas 3 jam, letakkan 2 biji misoprostol di bawah lidah sekali lagi untuk kali ketiga. Kekalkan pil di bawah lidah selama sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga tablet larut!*

  • Ulangkan dos 2 biji sehingga janin dan plasenta dikeluarkan.*

*Jika pil misoprostol juga mengandungi penahan sakit diclofenac (seperti pil Arthrotec), disyorkan untuk meludah sisa pil selepas 30 minit, dan bukan menelannya.