Bagaimanakah saya perlu mengambil pil jika saya mempunyai mifepristone dan misoprostol?
1 pil mifepristone (200 mg) dan 4 pil misoprostol (jumlah 800 mcg) diperlukan untuk kehamilan sehingga 10 minggu.
4 pil misoprostol tambahan adalah disyorkan untuk kehamilan 10-12 minggu.
Untuk pengambilan pil yang paling berefektif:
- Telan 1 biji pil mifepristone.
- Selepas 24 jam, letakkan 4 biji misoprostol (jumlah 800 mcg) di antara gusi dan pipi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga pil larut. Selepas 30 minit, sebarang sisa pil boleh ditelan.*
Untuk kehamilan antara 10 hingga 12 minggu, selepas 3-4 jam pengambilan dos misoprostol pertama, pengambilan dos kedua yang disyorkan adalah 4 biji misoprostol.
*Jika pil misoprostol juga mengandungi ubat penahan sakit diclofenac (sebagai contoh – pil Arthrotec), sebagai nasihat umum, sisa pil harus diludahkan dan tidak patut ditelankan.