Bagaimana jika saya muntah selepas mengambil pil?

  Share


Mifepristone akan diserap dalam sistem pencernaan dalam masa kira-kira 1.5 jam. Jangan risau jika mengalami kemuntahan selepas tempoh masa tersebut.

Ia adalah dicadangkan untuk mengulangi dos mifepristone sekiranya kemuntahan berlaku lebih awal.  Sekiranya pengulangan pengambilan mifepristone adalah mustahil, pengguguran masih boleh diteruskan dengan pengambilan misoprostol sahaja, dengan mengikuti cadangan pengguguran misoprostol sahaja sedekat mungkin.  Ia bermakna penggunaan dos tambahan misoprostol adalah diperlukan untuk mendapat efek yang terbaik. Anda boleh menghubungi kami jika terdapat sebarang keraguan.

Misoprostol diserap melalui kulit di dalam mulut. Tidak perlu risau jika anda muntah selepas tempoh masa tersebut. Jika ia bermula lebih awal, pil mungkin boleh dikeluarkan dan dimasukkan semula. Jika itu tidak berkesan, adalah lebih baik untuk mengambil dos yang lain.