Bagaimanakah ujian kehamilan menggunakan darah (ujian hCG) boleh digunakan untuk memeriksa tempoh kehamilan atau keberkesanan pengguguran?

  Share


Human chorionic gonatropin (hCG), atau dikenali sebagai "hormon kehamilan", adalah hormon yang dihasilkan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang banyak semasa peringkat awal kehamilan. Ujian untuk menentukan keberadaan hormon seringkali dilakukan bagi mengesahkan kehamilan. Ujian kehamilan air kencing yang tersedia secara meluas biasanya dapat mengesan hormon ini sebaik sahaja lambat datang haid.

Ujian darah HCG boleh dijalankan secara kualitatif (+ atau -) atau kuantitatif. Ujian kualitatif hanya akan mengatakan sama ada terdapat jumlah hCG yang tinggi dalam darah atau tidak. Ujian kuantitatif memberikan jumlah hormon tertentu dalam darah. Nombor ini boleh dijadikan penunjuk aras tentang tempoh kehamilan, atau boleh membantu menentukan sama ada kehamilan masih berterusan. 

Jika tahap (HCG) lebih rendah daripada 5 mIU/mL – bermaksudnya tiada kehamilan. Jika ujian diambil untuk melihat tempoh kehamilan, jumlah hormon dalam darah boleh memberikan anggaran kasar bagi tempoh kehamilan tersebut. Jika ujian ini digunakan untuk menentukan sama ada kehamilan masih berterusan (contohnya selepas pengguguran atau kemungkinan keguguran), dua ujian perlu diambil dengan jarak 2-4 hari diantaranya. Jika tahap (HCG) meningkat, ini bermakna kehamilan masih berkembang, jika ia didapati menurun bermakna kehamilan telah berhenti.  

Ujian darah boleh digunakan untuk menunjukkan sama ada kehamilan sedang berkembang atau berhenti sehingga kira-kira 10 minggu kehamilan. Selepas minggu ke-10, paras hCG jatuh dan menjadi stabil selepas itu masih hamil.