Darah jenis Rh-

  Share


Jenis darah tidak menjejaskan keberkesanan pil gugur, dan dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, kehamilan dengan janin RH+ tidak akan menjejaskan kehamilan pada masa akan datang.

 

Semasa kehamilan trimester kedua atau ketiga untuk individu dengan jenis darah Rh-,  ada kemungkinan untuk darah janin memasuki saluran darah inidividu yang mengandung tersebut dan boleh menyebabkan sistem imun badan menghasilkan antibodi yang boleh menyebabkan masalah dalam kehamilan akan datang.  Suntikan antibodi (immunoglobulin) menghentikannya dari berlaku, jika ia diambil dalam masa 72 jam pertama sejurus pengguguran ataupun keguguran berlaku.

 

Tiada data yang jelas untuk menentukan masa terbaik untuk mengambil suntikan Rho(D) immune globulin untuk kehamilan selepas 12 minggu selepas pengguguran bagi individu dengan jenis darah Rh-. Ia hanya diperlukan jikalau individu yang menjalani pengguguran tersebut ingin hamil dan mempunyai anak pada masa akan datang. Sekiranya tiada kemungkinan untuk individu itu mendapatkan suntikan tersebut pada masa itu, individu berkenaan boleh mendapatkan rawatan semasa kehamilan yang seterusnya. 38, 39