Apakah situasi/kondisi yang TIDAK bermasalah untuk mengambil pil gugur?

  Share


  • Kehamilan berganda (kembar)

    Pil gugur berfungsi dalam kehamilan berganda (kembar) pada peringkat awal sama seperti kehamilan biasa. Tiada keperluan untuk menukar dos. 40 Read more »

  • Penyusuan

    Pil gugur boleh diambil semasa penyusuan. Jumlah misoprostol yang sangat sedikit mungkin ada dalam susu tetapi tidak akan memberikan apa-apa impak negatif terhadap bayi yang disusukan. 41 Read more »

  • Pernah melalui pembedahan Caesarean

    Pil gugur boleh diambil bagi sesiapa yang pernah menjalani pembedahan Caesarean sebelumnya. 46 Read more »

  • Berat badan

    Pil gugur boleh digunakan oleh sesiapa tidak kira jenis atau berat badan dan tidak memerlukan perubahan dalam dos yang diambil berdasarkan berat badan. Read more »

  • Tidak kira umur

    Pengguguran tidak terbatas pada umur tertentu. Pil gugur berfungsi dengan serupa tidak kira umur individu yang hamil.  Hanya individu yang hamil mempunyai hak untuk menentukan sesuatu keputusan berkaitan dengan tubuh badan anda, dan kami menyokong apa-apa keputusan yang anda lakukan. Women Help… Read more »

  • Kurang upaya fizikal

    Pil gugur adalah selamat untuk diambil oleh orang kurang upaya fizikal. Setiap orang sepatutnya merancang pengguguran mereka berdasarkan keperluan dan konteks masing-masing.  Kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan kami boleh diakses oleh orang kurang upaya (OKU). Kami sedar masih banyak… Read more »

  • HIV+

    Pil gugur boleh digunakan bagi orang yang hidup dengan HIV. Untuk orang yang hidup dengan HIV berkemungkinan mempunyai risiko jangkitan dan anemia lebih tinggi, bergantung kepada keadaan kesihatan dan imuniti.Disebabkan kebarangkalian untuk pendarahan yang banyak berlaku, mengambil zat besi dalam… Read more »

  • Darah jenis Rh-

    Jenis darah tidak menjejaskan keberkesanan pil gugur, dan dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, kehamilan dengan janin RH+ tidak akan menjejaskan kehamilan pada masa akan datang.   Semasa kehamilan trimester kedua atau ketiga untuk individu dengan jenis darah Rh- ,  ada kemungkinan untuk darah… Read more »

  • Individu trans atau jantina bukan binari

    Pengguguran dialami oleh orang dari berbagai identiti jantina. Setiap orang yang mempunyai rahim boleh menggunakan pil pengguguran. Melakukan pengguguran dengan pil di rumah mungkin merupakan pilihan yang terbaik untuk individu trans dimana perkhidmatan penjagaan kesihatan yang merangkumi kumpulan… Read more »

  • Telah melakukan pengguguran sekali atau lebih

    Semua orang boleh mempunyai seberapa banyak pengguguran yang mereka perlukan. Walaupun seseorang telah menggunakan pil gugur satu kali atau lebih sebelum ini, ia adalah selamat dan berkesan sama seperti melakukannya untuk kali pertama apabila digunakan semula, dan tiada penukaran dos diperlukan. … Read more »