Bagaimanakah saya akan tahu ada sesuatu yang tidak kena?
Komplikasi selepas pengguguran mengguna pil amat jarang dan serupa keguguran spontan.
Tanda-tanda komplikasi adalah:
- Kesakitan yang teruk pada perut yang tidak boleh dilegakan dengan ubat penahan sakit atau berterusan selama beberapa hari selepas mengambil pil
- Demam yang melebihi 38ºC lebih daripada 24 jam, atau sampai 39ºC untuk sebarang tempoh masa
- Keputihan yang luar biasa – lelehan dengan bau yang tidak menyenangkan atau warna luar biasa (kuning atau kehijauan)
- Pendarahan yang teruk (lebih daripada 2 atau 3 tuala haid diisi setiap jam selama lebih daripada 2 jam berturut-turut)
Risiko komplikasi seperti jangkitan atau pengguguran yang tidak lengkap adalah rendah (kira-kira 1-2 orang dalam setiap 100), dan risiko perdarahan teruk adalah sangat rendah (1 dalam setiap 2000). Walau bagaimanapun, perancangan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan adalah penting untuk memastikan keselamatan proses tersebut.