Tidak kira umur

  Share


Pengguguran tidak terbatas pada umur tertentu. Pil gugur berfungsi dengan serupa tidak kira umur individu yang hamil. 

Hanya individu yang hamil mempunyai hak untuk menentukan sesuatu keputusan berkaitan dengan tubuh badan anda, dan kami menyokong apa-apa keputusan yang anda lakukan.

Women Help Women berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan mesra belia. Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat pengguguran, tidak kira umur. Namun begitu, belia mengalami cabaran khusus dalam mengakses khidmat pengguguran. Stigma dan tabu dalam membincangkan topik seks dan pengguguran membuatkan belia khususnya, susah untuk bercakap tentang keputusan mereka dan mendapatkan khidmat pengguguran.

Kami menyedari bahawa golongan belia menghadapi halangan yang tidak adil dan berbahaya dalam mengakses khidmat pengguguran. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Ibu bapa, penjaga, atau penyedia perubatan yang menganggap bahawa orang muda tidak mampu membuat keputusan yang baik tentang kehamilan kerana usia mereka. Ketidakpercayaan dalam keupayaan orang muda ini boleh menyebabkan penyedia perubatan enggan memberikan khidmat pengguguran kepada orang muda; orang muda merasa dihukum atau tidak selesa mengakses khidmat pengguguran; atau keperluan persetujuan ibu bapa atau suami isteri untuk mengakses khidmat pengguguran.
  • Undang-undang dan polisi yang menyekat perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif (seperti alat pencegah kehamilan dan pengguguran) menyebabkan orang muda tidak dapat mengakses perkhidmatan yang diperlukan. Contohnya polisi-polisi yang mengandungi sekatan umur, dan yang memerlukan persetujuan ibu bapa.
  • Kebanyakan kemudahan dan sistem kesihatan kekurangan penjagaan kesihatan yang mesra belia. Orang muda mungkin tidak mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah: pembayaran, tidak boleh pergi ke klinik semasa waktu operasi, sikap menghakimi atau  tidak mesra oleh penyedia penjagaan kesihatan, tidak mempunyai akses terhadap pengangkutan untuk mengakses kemudahan penjagaan kesihatan.
  • Ramai orang muda di seluruh dunia tidak mendapat informasi tentang seksualiti dan reproduksi.
  • Stigma yang mengelilingi orang muda dan seksualiti adalah perkara biasa. Idea negatif yang wujud di antara orang muda dan seks menyukarkan sesetengah orang muda untuk bercakap dengan orang ramai mengenai keputusan mereka untuk melakukan pengguguran. Tidak mempunyai seseorang yang boleh dipercayai untuk bercakap tentang pengguguran boleh menyebabkan orang muda merasa takut keseorangan.

Di Women Help Women, kami tidak setuju dan membantah semua halangan disebutkan. Jangan ragu untuk hubungi kami melalui email di info@womenhelp.org dan jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, kami mungkin mempunyai maklumat yang praktikal dan boleh membantu.