Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku komplikasi atau kecemasan?

  Share


Bantuan perubatan adalah dicadangkan jika sesuatu terasa tidak kena, kesakitan atau pendarahan kelihatan terlalu kuat.

Kakitangan perubatan mempunyai kewajipan untuk membantu.

Pengguguran akibat pil nampak sama seperti keguguran spontan, dan kedua-dua kes pun terdapat pendarahan dan kesakitan. Cuma bezanya, keguguran spontan tiada kesan sampingan yang terdatang dari misoprostol seperti cirit-birit, loya, menggigil, dll.  Kenyataan tentang pengambilan pil tidak perlu didedahkan jika ada rasa tidak selesa untuk berbuat demikian, atau ia membawa apa-apa masalah. Kakitangan perubatan tidak akan perasan sebarang perbezaan jika penggunaan pil secara oral.  Kira-kira 20% daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran, jadi, ia adalah perkara biasa bagi kakitangan perubatan untuk melihat orang yang mengalami keguguran. Jika misoprostol diambil secara laluan faraj, mungkin terdapat sisa pil dalam faraj selama 4-5 hari.  Sisa-sisa ini boleh dikeluarkan dengan tangan sekiranya rawatan perubatan diperlukan. 

Komplikasi keguguran boleh dirawati dengan dos tambahan misoprostol atau penyedutan vakum (rawatan pembedahan), tergantung pada pilihan peribadi, dan/atau antibiotik, jika diperlukan.