Bagaimana saya boleh mendapatkan pil pengguguran?
Di negara-negara yang akses pengguguran dihadkan, pil pengguguran mungkin boleh diperolehi melalui perkhidmatan kami. Sila isi perundingan dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut.
Jika perkhidmatan kami tidak tersedia untuk anda, mungkin terdapat organisasi tempatan lain yang boleh memberi anda maklumat dan sokongan. Berikut adalah senarai sebahagian daripada mereka.
Ramai orang mendapatkan pil di farmasi, melalui beberapa kumpulan feminis tempatan atau penjual dalam talian. Kami ada untuk menjawab sebarang soalan, tidak kira dari mana anda mendapatkan pil anda. Sila tulis ke info@womenhelp.org
Apabila mencari pil dalam talian, maklum bahawa terdapat juga banyak penjual palsu. Cuba cari rujukan yang betul untuk memastikan bahawa sumber pil boleh dipercayai.