Individu trans atau jantina bukan binari

  Share


Pengguguran dialami oleh orang dari berbagai identiti jantina. Setiap orang yang mempunyai rahim boleh menggunakan pil pengguguran. Melakukan pengguguran dengan pil di rumah mungkin merupakan pilihan yang terbaik untuk individu trans dimana perkhidmatan penjagaan kesihatan yang merangkumi kumpulan jantina trans sukar didapati. Pil pengguguran adalah selamat dan berkesan untuk individu transgender dan bukan binari menggunakan hormon maskulinisasi. 

 

Identiti jantina individu akan sentiasa dihormati semasa menggunakan perkhidmatan kami. Kami mengiktiraf keperluan dan pengalaman individu trans dan bukan binari dan kami berusaha untuk memastikan bahawa aktivisme dan perkhidmatan kami adalah inklusif jantina. Maklumkan kepada kami tentang sebarang keperluan khusus yang diperlukan semasa mengisi borang perundingan atau melalui e-mel. 47