Bagaimana untuk sediakan diri untuk pengguguran?

  Share


Buat rancangan untuk pengguguran dan mengetahui perkara yang diperlukan semasa proses itu.

Jika loya akibat kehamilan, minumlah  teh halia dan ambillah pil pengguguran di hari yang ada kurang loya. Ini akan mengurangkan risiko anda memuntahkan balik pil itu. Ini amat penting apabila menggunakan mifepristone.

Pada hari mengambil misoprostol, terdapat pendarahan dan kekejangan, jadi pastikan anda di tempat yang selesa dan berdekatan dengan bilik mandi dan mempunyai beberapa jam untuk berehat.

Mempunyai rakan untuk mendapatkan sokongan boleh membantu dalam senario yang tidak mungkin berlaku, serta membantu meluangkan masa – berbual, menonton filem, menyediakan makanan. Adalah penting untuk membuat pelan kecemasan bersama-sama lebih awal. Arahan dan maklumat boleh dikongsi bersama rakan. Mempunyai kawan sokongan dan masa bersantai akan membuatkan proses pengguguran kurang menyakitkan.

Sila dapatkan tuala wanita untuk haid, ubat penahan sakit dan/atau botol air panas, ubat anti-loya (sekiranya mengalami loya yang teruk), makanan dan minuman, dan mempunyai sesuatu untuk meluangkan masa seperti buku, permainan, dan siti televisyen atau filem. 4, 9, 13